27 & 28 Januari 2024
Kursus Pemantapan Bahasa Inggeris (Workplace Communication) telah berlangsung selama 2 hari yang melibatkan seramai 30 peserta. Kursus ini dijalankan pada hari Sabtu & Ahad bermula jam 9.00 pagi sehingga 5:00 petang dan telah disampaikan oleh Cik Mahfuzah Rafek, Puan Nur Farhana Nasri, dan Cik Nor Hidayati Abdullah daripada UITM Perak, Cawangan Tapah.
Kursus ini telah merangkumi pelbagai topik penting untuk graduan dan juga yang bakal bekerja, antaranya ialah proses komunikasi, jenis-jenis komunikasi, penggunaan bahasa yang efektif dan professional, etika penggunaan teknologi untuk berkomunikasi, persediaan dan penyampaian presentasi yang berkesan dan mengendalikan mesyuarat secara professional dan cara mengendalikan peranan yang tidak berfungsi di tempat kerja.
ย
Terima kasih diucapkan kepada para penceramah atas kesudian berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat kepada para peserta yang terlibat. Terima kasih juga turut diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadiri kursus ini. Semoga apa yang dipelajari semasa program ini dapat memberi nilai tambah kepada diri peserta yang hadir.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.



