Pelantikan sebagai Ketua Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR) 2026

IPOH, PERAK โ€“ Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada TPr Dr. Zulqarnain Bin Mohamad atas pelantikan beliau sebagai Ketua Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR).

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap pengalaman, kepakaran serta komitmen beliau dalam bidang penyelidikan, pembangunan dasar dan perancangan strategik yang akan terus memperkukuhkan peranan Institut Darul Ridzuan (IDR) sebagai institusi pemikir (think tank) utama Negeri Perak.

PASAK yakin di bawah kepimpinan beliau, IDR akan terus memainkan peranan penting dalam memperkasa penyelidikan berimpak tinggi, menghasilkan dasar berasaskan bukti (evidence-based policy), serta menyokong pelaksanaan pelbagai inisiatif pembangunan negeri selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030.

Sebagai agensi pembangunan modal insan Negeri Perak, PASAK turut berharap hubungan strategik bersama IDR akan terus diperkukuhkan dalam usaha melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, meningkatkan kebolehpasaran bakat tempatan, memperkasa pendidikan TVET, serta menyokong pembangunan sosioekonomi yang mampan.

Semoga TPr Dr. Zulqarnain Bin Mohamad terus diberikan kesihatan, kekuatan dan kecemerlangan dalam memimpin Institut Darul Ridzuan ke arah kecemerlangan penyelidikan, inovasi serta pembangunan dasar yang memberi manfaat kepada rakyat dan Negeri Perak.

Seluruh warga PASAK mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada TPr Dr. Zulqarnain Bin Mohamad.

ย 

#InstitutDarulRidzuan #IDR #PerakPasak #PerakMakmur #PerakSejahtera2030