𝟮𝟳 𝗔𝗻𝗮𝗸 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸 𝗕𝗮𝘄𝗮 𝗣𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗕𝘂𝗺𝗶 𝗖𝗵𝗶𝗻𝗮

17 November 2025 – Telah berlangsung Majlis Penutup ‘Malaysia-China Youth TVET Training Program (MCYTT): AI in Manufacturing Automation’. Sebuah program berimpak tinggi telah menempatkan seramai 27 anak muda Perak untuk menjalani latihan TVET selama 24 hari di Taizhou Vocational & Technical College, China.Hasil daripada program ini, peserta telah mempelajari gerak kerja sistematik dalam urusan pembuatan […]
TVET PEMANGKIN MASA DEPAN AUTOMOTIF MELALUI MCYTT

Saksikan episod khas AWANI Pagi yang menampilkan perjalanan TVET masa depan, dari latihan automotif berteknologi tinggi di ESnet Academy hingga peluang pendedahan global melalui Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT). Kenali bagaimana program-program ini melahirkan bakat muda seperti Edry Emil, yang kini kembali menyumbang sebagai tenaga pengajar dalam bidang automotif. #AWANIpagi #AWANInews
AI in Manufacturing Automation 2025

PASAK membuka peluang kepada anak Perak menjalani latihan di Taizhou Vocational & Technical College selama 22 hari. Minggu pertama di China telah memberi pendedahan kemahiran kepada seramai 27 peserta dengan modul pembelajaran yang berkesan seperti ‘Introduction to AI’, ‘Lean Manufacturing’, ‘PLC Programming & Debugging’, dan ‘Safety Engineering’. Peserta turut berpeluang melawat salah satu industri terbesar di […]
NO. SEBUT HARGA: PASAK.KEW.BIL 7/2025

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang berpengalaman dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah sekurang-kurangnya SATU (1) TAHUN ATAU DUA BELAS (12) BULAN dari tarikh tutup sebut harga. Harga indikatif jabatan bagi perolehan ini adalah sebanyak RM271,000.00. Walau bagaimanapun, harga sebenar yang akan dipertimbangkan adalah berdasarkan tawaran yang diterima selaras dengan syarat […]
TVET Modular Industri bantu rakyat keluar dari kemiskinan

Program TVET Modular Industri oleh Kerajaan Negeri Perak melalui PASAK berjaya ubah hidup rakyat dengan kemahiran baharu. Lebih 2,800 peserta ikuti kursus, hampir 900 dapat pekerjaan. Fokus pada automotif, kimpalan, mobiliti elektrik & pemasaran digital.
Kursus Asas Bahasa Isyarat 2025

Ada Kursus Bahasa Isyarat secara percuma !Jom tingkatkan kemahiran insaniah (soft skills) anda dengan mempelajari Bahasa Isyarat! Jadikan diri anda lebih inklusif dan berdaya saing dengan kemahiran komunikasi yang unik ini.Berminat? Daftar segera di aplikasi Talent Perak!(Isnin – Jumaat, 9.00 pagi – 5.00 petang – Tidak termasuk cuti umum)#kursus #asasbahasaisyarat #bahasaisyarat #percuma #perak #anakperak #kemahiran #softskills
Tahniah kepada YB Dato’ Sivanesan Achalingam dan YB Dato’ Khairudin Abu Hanipah

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Dato’ Sivanesan AchalingamPengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional & Hal Ehwal Masyarakat India, merangkap ADUN SungkaidanYB Dato’ Khairudin Abu HanipahPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak atas pengurniaan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P)sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak Darul Ridzuan Tahun 2025.
Malaysia-China Youth TVET Training Program 2025

Sebuah Program Malaysia-China Youth TVET Training di bawah PASAK telah membuka peluang besar kepada pelajar dan tenaga pengajar di Perak untuk memperkasa kemahiran dalam bidang automotif dan kejuruteraan pintar. Menerusi dua kursus iaitu New Energy Vehicles dan Train-The-Trainer. Seramai 42 peserta didedahkan berkenaan perkembangan terkini dalam industri automotif termasuk sistem tenaga baharu, kenderaan elektrik, serta aplikasi […]
JELAJAH KERJAYA PERAK SEJAHTERA ZON UTARA TAHUN 2025

Bagan Serai, 8 November 2025 – Pendaftaran peserta dan pengunjung berjalan lancar di Dewan Dato’ Zainal Abidin Zin, Bagan Serai, Perak. Suasana penuh semangat dengan kehadiran ramai pencari kerja serta agensi yang turut serta. Terus ikuti perkembangan sepanjang Program Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera Zon Utara hari ini! Majlis Perasmian Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Zon Utara […]
Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak Tahun 2025

DIRGAHAYU TUANKU Menjunjung kasih dan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah Sultan Perak Darul Ridzuan Sembah takzim daripada Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)