Mesyuarat Jawatankuasa TVET Negeri Perak Bil 1/2024

Ipoh, 2 Februari 2024.

 

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan telah mempengerusikan Jawatankuasa Technical & Vokasional, Education And Training (TVET) Negeri Perak Bil 1/2024 yang bertempat di Executive Boardroom, Hotel Casuarina@Meru.

 

Mesyuarat turut dihadiri oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim (Setiausaha Kerajaan Negeri Perak), YB Dato’ Azmir Shah Bin Zainal Abidin (Penasihat Undang-Undang Negeri Perak), YB Dato’ Mohd Zaki Bin Mahyudin (Pegawai Kewangan Negeri Perak), YB Encik Sivanesan A/L Achalingam (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional & Hal Ehwal Masyarakat India), YB Dato’ Salbiah Binti Mohamed (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Perak), YB Encik Khairuddin Bin Abu Hanipah (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan), Dato’ Rumaizi Bin Baharin @ Md Daud (Datuk Bandar Ipoh), Puan Halizah Binti Sipun (Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Encik Mohd Zaki Bin Abdul Rahman (Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah), Dr. Maisarah Binti Ahmad (Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), dan Encik Aldrin Ng (Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak).

 

Mesyuarat telah membincangkan dan membentangkan pelaksanaan program TVET tahun 2023 serta perancangan program TVET bagi tahun 2024. Sekalung penghargaan diucapkan kepada YAB Pengerusi dan kesemua ahli mesyuarat di atas kelapangan untuk menghadiri mesyuarat pada petang ini. Dengan adanya usahasama, perbincangan dan percambahan idea daripada ahli-ahli mesyuarat, diharapkan ia dapat memberi manfaat kepada Anak Negeri Perak serta menjayakan objektif “Satu Warga Satu Skil”.