Ipoh – 26 Mac 2024.
Pada bulan yang mulia ini, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah mengadakan majlis berbuka puasa pada 26 Mac 2024 iaitu 15 Ramadhan 1445H bertempat di House of Salai by Naddy. Majlis turut dihadiri oleh YB Sivanesan A/L Achalingam (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional & Hal Ehwal Masyarakat India), kakitangan pejabat YB Exco, staf-staf PASAK dan juga barisan pengamal media.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dan juga kerana menghadiri Majlis Berbuka Puasa ini.



