Rabu, 11 Jun 2025, pada jam 2.00 petang tadi telah berlangsungnya Majlis Angkat Sumpah Jawatankuasa Dewan Belia Negeri Perak Sesi ke-5 Tahun 2025-2026 bagi jawatan Speaker, Timbalan Speaker I & II, Setiausaha serta Penolong Setiausaha I & II. Majlis ini disaksikan oleh YB. Khairudin Bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, YB. Jenny Choy Tsi Jen, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak dan Tuan Mohd Ikram bin Ahmad, Setiausaha Dewan Negeri Perak.
Majlis ini turut dihadiri oleh En. Aldrin Ng, Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), Encik Iqbal Jamal bin Jamaludin, Pengarah Unit Komunikasi Strategik Negeri Perak (STRATCOMM), serta Dr. Maisarah binti Ahmad, Ketua Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR).
Tahniah diucapkan kepada Prof Madya Sr Dr Mohd Azian bin Zaidi, atas pelantikan beliau sebagai Speaker Dewan Belia Negeri Perak bagi sesi kali ini. Turut dilantik, Muhammad Asree bin Abdul Aziz sebagai Timbalan Speaker I, Malik Syam bin Mohammed Latiff sebagai Timbalan Speaker II, Noor Azwan bin Mohd Taib sebagai Setiausaha, Darwisyah Izatti Azmira binti Mohd Yunus sebagai Penolong Setiausaha I, dan Muhammad Faiz Nazrin bin Zulkeflee sebagai Penolong Setiausaha II.
Dewan Belia Negeri Perak Sesi ke-5 dijangka akan bersidang pada Ogos 2025 kelak.