Pusing, 10 Oktober 2023.
Telah berlangsungnya program Xplorasi Kampus Taklimat Persediaan Interview dan Resume bersama pelajar PESDC. Taklimat pada hari ini telah disampaikan oleh Encik Firdaus Bin Dzi Murad, Ketua Unit Pelaksana, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK). Sesi pertama telah dimulakan dengan slot pengenalan PASAK dan program-program anjuran PASAK. Seterusnya, program diteruskan lagi dengan taklimat persediaan temuduga dan resume oleh Encik Firdaus.
Peserta didedahkan dengan bahasa tubuh (body language), etika pemakaian, tips berkomunikasi serta contoh soalan yang sering ditanya oleh majikan. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan masalah yang sering dihadapi oleh graduan apabila ditemuduga. PASAK mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PESDC di atas kesudian menjemput PASAK untuk membuat perkongsian kepada para pelajar. Pihak PASAK sangat terbuka untuk menjalankan program bersama pelbagai pihak dalam memberikan manfaat kepada masyarakat.
@perakpasak Xplorasi Kampus PESDC : Taklimat Persediaan Temuduga #pesdc #fypage #temuduga #perak #malaysiatiktok @pesdckrew @frdspdt
โฌ hata - kyra



