XPLORASI KAMPUS BERSAMA UITM TAPAH – KURSUS MICROSOFT EXCEL

XPLORASI KAMPUS BERSAMA UITM TAPAH - KURSUS MICROSOFT EXCEL
 
25 OKTOBER 2021 | 9.00 Pagi – 1.00 Petang
 
Program ini dianjurkan dengan kerjasama Actuarial Science Club (ASC) UITM Tapah. Program dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom dan pengisiannya disampaikan oleh Encik Rasyidi Bin Johan, pensyarah daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Program ini melibatkan seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa UiTM dan belia-belia sekitar daerah Batang Padang. Di awal sesi peserta diperkenalkan dengan Structure of the Excel Working Area, How to navigate in Excel, Ribbons & tabs, Quick Access Toolbar (QAT) serta Dialong Box & Task Panes. Di samping itu, para peserta turut didedahkan dengan academic format setting, outline view, table of content, styles, section & page break, table of content dan bibliography tools.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Rasyidi Bin Johan, Pensyarah daripada UPSI, atas kesudian berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat, dan mudah difahami oleh para peserta yang terlibat. Terima kasih juga diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi nilai tambah kepada diri peserta yang hadir.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*