BENGKEL KEUSAHAWANAN DIGITAL SISWA

Telah berlangsung XPlorasi Kampus : Bengkel Keusahawanan Digital Siswa yang disampaikan oleh Puan Nurliana Binti Muhammad, Pengasas Hub Usahawan Digital & Smart Belia Malaysia. Kursus ini telah melibatkan seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa dari IPT seluruh Negeri Perak.
Melalui program ini, peserta didedahkan dengan budaya seorang usahawan dan apa yang perlu dilakukan oleh peserta sebelum ingin menjadi seorang usahawan. Para peserta juga didedahkan dengan strategi pemasaran, dan juga berkaitan Hub Usahawan Digital Malaysia.
Program ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki, Pengarah PASAK. Semasa ucapan beliau, Pengarah PASAK mengingatkan peserta yang hadir untuk sentiasa berusaha untuk belajar skil baru demi mendapatkan nilai tambah, dan tidak hanya bergantung kepada apa yang dipelajari di university sahaja. Pengarah PASAK juga turut menekankan bahawa pelajar hari ini perlu sentiasa memperbaiki diri untuk memudahkan mereka bersaing dengan graduan yang lain dalam pasaran pekerjaan.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Nurliana Binti Muhammad atas kesudian berkongsi idea yang sangat bermanfaat, menarik, dan mudah difahami oleh para peserta yang terlibat. Terima kasih juga diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi nilai tambah kepada diri peserta yang hadir.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Kongsikan Artikel ini:

Tentang PASAK

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) merupakan agensi yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri Perak di bawah Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia yang bermatlamat melahirkan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan pelbagai sektor dalam dan luar negeri. Follow kami di facebook page Pusat Aspirasi Anak Perak – PASAK untuk mendapatkan makluman berita terkini tentang program-program PASAK.

Artikel Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *