Program Transformasi Tenaga Kerja – WorkPro

Pusat Aspirasi Anak Perak

Pusat Aspirasi Anak Perak atau dikenali sebagai PASAK merupakan sebuah agensi pembangunan modal Insan yang bernaung di bawah portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil, Yang Berhormat Tuan Hj Razman bin Zakaria yang juga Exco Kerajaan Negeri Perak.

Info Lanjut

PROGRAM TRANSFORMASI TENAGAKERJA (WORKPRO) INISIATIF ATASI PENGANGGURAN DI NEGERI PERAK Di bawah Pakej Rangsangan...

Posted by Pusat Aspirasi Anak Perak - PASAK on Wednesday, November 11, 2020

Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) fasa 2 yang telah diumumkan pada bulan Jun 2020, Kerajaan Negeri Perak telah meluluskan pelaksanaan Program Transformasi Pekerjaan (Work-Pro) sebagai salah satu inisiatif daripada Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa TVET Negeri Perak  dalam menggiatkan usaha membantu permasalahan kelompok terkesan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka melalui tiga (3) kategori iaitu Latihan Peralihan Tenaga Kerja, Latihan Pengekalan Tenaga Kerja dan Latihan Peningkatan Kemahiran.

RM4.3 juta bagi skim latihan WorkPro yang dikendalikan oleh Jawatankuasa TVET Negeri Perak dibawah pakej rangsangan ekonomi ke-2, memanfaatkan 1,500 peserta menerusi latihan Reskilling, DualSkills dan pemerkasaan kemahiran sedia ada.

 

Reskilling

Skim ini dikhususkan kepada pekerja yang telah diberhentikan dengan fokus latihan adalah kepada kemahiran semula (reskilling) untuk ditempatkan ke dalam industri yang menawarkan peluang pekerjaan. Melalui skim ini, peserta akan menjalani latihan jangka pendek selama satu bulan dengan menerima elaun sebanyak RM 500.00.

Add on Skills

Skim ini adalah langkah mitigasi kerajaan negeri bagi membantu para majikan mengekalkan para pekerja khususnya dalam sektor pelancongan, perkhidmatan dan pembuatan. Menerusi skim ini, Kerajaan Negeri akan menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM 500.00 kepada majikan untuk mengekalkan setiap pekerja dengan menjalani latihan kemahiran tambahan (add-on skills) selama 3 bulan. Inisiatif in bukan sahaja membantu mengurangkan kos operasi pihak majikan malahan memberi manfaat jangka masa panjang kepada produktiviti syarikat hasil peningkatan kemahiran pekerja mereka yang menyertai skim ini.

Upskilling

Skim ini ditawarkan khas kepada pemandu pelancong (tour guide), beach boy dan local instructor bagi membantu mereka mempelbagaikan kemahiran sedia ada (upskilling) dalam menghadapi norma baharu. Setiap peserta akan menerima elaun latihan sebanyak RM 800.00 sepanjang tempoh latihan selama 2 bulan.

Sehingga kini, seramai 402 orang peserta telah tamat menjalani kursus jangka pendek melibatkan 15 jenis kursus bagi fasa-1 bermula sejak Jun sehingga Oktober 2020. Kursus-kursus yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut :

Skim Latihan Peralihan Tenaga Kerja

  1. Kursus Penyelenggaraan Automotif
  2. Kursus Animasi 3D
  3. Kursus Pemasaran Multimedia dan DigitaL
  4. Kursus Gunting RambuT
  5. Kursus Urutan Tradisional dan Rawatan Selepas Bersalin
  6. Kursus Pramusaji
  7. Kursus Latihan Mengurangkan Air Tidak Berhasil

Skim Pengekalan Tenaga Kerja

  1. Kursus Perkhidmatan Makanan & Pramusaji
  2. Kursus Gunting Rambut
  3. Kursus Pegawai Pengesah Luaran (PPL)
  4. Kursus Kimpalan

Skim Peningkatan Kemahiran

  1. Kursus POP Travels – Cer Citer
  2. Kursus Pemandu Pelancong Modul 1
  3. Kursus Pemandu Pelancong Modul 2
  4. Kursus Makanan Sejuk Beku

Bagi Fasa ke-2, program ini akan bermula pada bulan Oktober sehingga Disember 2020 meliputi 30 jenis kursus baru yang mempunyai permintaan tinggi daripada pekerja-pekerja terkesan dan juga dibuka kepada penganggur dalam kalangan pencari kerja lepasan IPT, lepasan sekolah, pesara tentera dan kumpulan B40 serta ibu tunggal. Penyertaan bagi fasa ke-2 bakal melibatkan seramai 1,098 orang peserta seluruh Perak.

Kursus-kursus yang dilaksanakan ini bertujuan memberi tambah nilai iaitu ‘skills to survive’ kepada peserta dalam menghadapi impak pandemik ini dengan kemahiran yang boleh digunakan bagi memperoleh pendapatan seperti mengaplikasikan latihan yang diberikan untuk mewujudkan pekerjaan/perkhidmatan contohnya perkhidmatan gunting rambut rumah ke rumah (mobile barber), penjagaan dan urutan wanita selepas bersalin yang mempunyai permintaan yang tinggi (mama care), pembuatan pastri (home made bakery) dan dihantar kepada pelanggan melalui penghantaran “e-hailling”, perkhidmatan pembaikian pendawaian elektrik dan penghawa dingin secara mobile dan beberapa jenis perkhidmatan lain yang boleh diwujudkan melalui manfaat daripada kemahiran yang diperoleh hasil daripada latihan yang diberikan.

Program WorkPro Fasa 2

Antara kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan adalah seperti berikut :
Daftar Sekarang

Kursus Horse Care & Management

Daftar Sekarang

Kursus Perkhidmatan Spa dan Urut

Daftar Sekarang

Kursus Pemasangan, Penyelenggaraan & Membaikpulih Penyaman Udara

Daftar Sekarang

Kursus Penyaman Udara dan Elektrik

Daftar Sekarang

Kursus Pengurusan Kemudahan Bangunan

Daftar Sekarang

Kursus Jahitan Langsir dan Hiasan Dalaman

Daftar Sekarang

Kursus Integrated Building System

Daftar Sekarang

Kursus Pembuatan Roti

Daftar Sekarang

Kursus Tanaman Fertigasi Dalam Bandar

Daftar Sekarang

Kursus Training for Nursing Program

Borang Pendaftaran Program Transformasi Tenaga Kerja

Kerajaan Negeri Perak telah melancarkan Program Transformasi Tenaga Kerja (WORKPRO) bagi membantu mereka yang terjejas akibat penularan COVID19. Pelbagai kursus TVET ditawarkan secara PERCUMA dan elaun diberikan. Kebanyakan kursus yang ditawarkan memberi jaminan pekerjaan. Penyertaan adalah TERHAD (90% sudah penuh). Daftar sekarang!

Daftar Sekarang

Pendaftaran WorkPro Fasa 2

📢 Info Lanjut

Klik butang di bawah untuk hubungi kami

Sebarang pertanyaan & maklumat lanjut boleh menghubungi talian pegawai-pegawai di unit TVET:

Telefon: 05- 318 3290 ext: 103