Kursus Teknologi Baik Pulih dan Mengecat Kenderaan

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ข๐š๐ง ๐’๐ข๐ฃ๐ข๐ฅ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐Œ๐จ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ซ ๐ˆ๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข ๐๐€๐’๐€๐Š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐๐š๐ง ๐“๐š๐ง๐๐š๐ญ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ฆ๐จ๐ซ๐š๐ง๐๐ฎ๐ฆ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐Ÿ๐š๐ก๐š๐ฆ๐š๐ง (๐Œ๐Ž๐”)


Ipoh, 22 Januari 2025 – Telah berlangsung majlis penyampaian sijil bagi Kursus Teknologi Baik Pulih dan Mengecat Kenderaan di Dewan Banquet, Hotel Seri Malaysia pagi ini.
Majlis ini bertujuan untuk meraikan 35 peserta yang telah berjaya menamatkan kursus kemahiran di bawah Program TVET Modular Industri yang disediakan oleh Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) pada tahun 2024.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha En Aldrin Ng, Pengarah PASAK. Turut dihadiri En Shaik Faridhudheen Anverdeen (Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa, Cawangan Ipoh), En Muhamad Syazwan (Pengurus Pusat Bertauliah Kolej Islam Antarabangsa, Cawangan Ipoh), Puan Arizatul Famieza (Pengurus Bertauliah Proweld Training Centre Sdn Bhd), Ustaz Mohamad Saifuddin (Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia), dan Puan Nor Afiah Solehah (HR. Manager Syarikat PMG Venture Sdn Bhd).
PASAK kekal komited dalam melaksanakan program-program TVET untuk anak Perak. Semoga dengan usaha ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat Perak.