KLIA , 14 November 2023.
Dua orang Pegawai PASAK telah terpilih untuk mengikuti kursus di bawah program Indian Technical & Economic Cooperation (iTEC) 2023 anjuran Kementerian Luar Negeri India bermula 15 November 2023 sehingga 13 Disember 2023.
Program ini secara tidak langsung membuka kerjasama strategik dua hala di antara Kerajaan India dan Kerajaan Negeri Perak khususnya dalam aspek pembangunan organisasi serta perkongsian kepakaran dalam bidang perancangan strategik.
Pegawai akan menjalani latihan selama 4 minggu untuk kursus _Quality Assurance Through Accreditation in Higher Education in Developing Countries_ bertempat di National Institute of Technical Teachers Training and Research, Chennai, India.
Selamat maju jaya diucapkan kepada Cik Rosaslina dan Cik Asyikin. Didoakan kesejahteraan mereka sepanjang mengikuti kursus di sana.
Pelepasan pegawai ini telah dihadiri oleh En.Zul Iskandar, Pengurus Projek, Puan Suat Meay, Penolong Pengurus Projek & Cik Jannah, Eksekutif PASAK.



