TVET ISLAMIK – TEKNOHAFIZ

"Ke Arah Melahirkan Huffaz Profesional"

Program TVET Islamik atau dikenali sebagai Teknohafiz merupakan inisiatif kerajaan negeri Perak dalam membangunkan sistem pembelajaran pusat-pusat tahfiz menerusi penerapan ilmu kemahiran TVET dalam sistem pembelajaran tahfiz sedia ada. Dengan harapan dapat melahirkan para huffaz yang seimbang ilmu Al Quran dan kemahiran dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar pada masa akan datang.
Kerjasama
Membina sinergi kerjasama antara pusat tahfiz dengan pusat latihan kemahiran di negeri Perak.
Latihan TVET
Penerapan elemen TVET dalam aktviti dan sistem pembelajaran tahfiz sedia ada.
Huffaz Profesional
Melahirkan generasi Huffaz yang mahir dalam bidang Al Quran dan berkemahiran tinggi.

Matlamat Program TEKNOHAFIZ

Menjadi program perintis bagi perancangan yang lebih komprehensif dalam membangunkan sistem pembelajaran tahfiz dengan penerapan elemen TVET
Anjuran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan dilaksanakan oleh Sekretariat Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan penglibatan ;
Feature Box Image
Pusat Tahfiz
Memasukkan subjek atau sesi latihan khas TVET dalam sistem pembelajaran sedia ada sebagai aktiviti tambahan.
Feature Box Image
Institusi Latihan Kemahiran
Membangunkan silibus latihan komprehensif yang bersesuaian dengan sistem pembelajaran tahfiz. Selain memantau dan memberikan pengiktirafan kepada pihak terlibat.

Pelancaran TEKNOHAFIZ

Pelancaran pada 23 Julai 2020 di Laman Seri Ridzuan, Jalan Raja Dihilir. Dirasmikan oleh YB TUan Hj Razman Zakaria mewakili YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu. Melibatkan semua pusat tahfiz berdaftar di negeri Perak serta pelbagai insitusi latihan kemahiran.
Sebarang Pertanyaan Hubungi
+605-318 3290