skuad relawan

PENDAFTARAN SKUAD RELAWAN PASAK

Skuad Relawan PASAK adalah sebuah skuad yang ditubuhkan oleh Unit Bina Insan PASAK. Kewujudan skuad ini bertujuan menarik minat dan memupuk nilai kesukarelawanan dalam diri anak muda bagi menjadi jambatan kepada kerajaan Negeri Perak melalui pemerkasaan agenda modal insan yang bersepadu melalui program Akademi Bina Insan PASAK yang diadakan kelak.

Program Akademi Bina Insan berbentuk teori & praktikal bagi pembangunan kendiri para belia dan seterusnya turun ke lapangan melalui aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan akan dijalankan secara bertahap dan kolektif diantara ahli-ahli Skuad Relawan PASAK bersama NGO, Persatuan pelajar IPT dan belia daerah negeri Perak.

Anda berminat menyertai Skuad Relawan PASAK ? Boleh klik link ini :

Daftar Sekarang