SKIM LATIHAN MODULAR PACUAN INDUSTRI NEGERI PERAK

Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) fasa 2 yang telah diumumkan pada bulan Jun 2020, Kerajaan Negeri Perak telah meluluskan pelaksanaan Program Transformasi Pekerjaan (Work-Pro) sebagai salah satu inisiatif daripada Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa TVET Negeri Perak  dalam menggiatkan usaha membantu permasalahan kelompok terkesan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka melalui tiga (3) kategori iaitu Latihan Peralihan Tenaga Kerja, Latihan Pengekalan Tenaga Kerja dan Latihan Peningkatan Kemahiran.

RM4.3 juta bagi skim latihan TVET yang dikendalikan oleh Jawatankuasa TVET Negeri Perak dibawah pakej rangsangan ekonomi ke-2, memanfaatkan 1,500 peserta menerusi latihan Reskilling, DualSkills dan pemerkasaan kemahiran sedia ada.

 

APA ITU SKIM LATIHAN MODULAR PACUAN INDUSTRI NEGERI PERAK? 💬
Ini merupakan latihan kemahiran yang dikendalikan melalui usahasama syarikat-syarikat dan institusi latihan kemahiran melalui latihan jangka pendek kepada peserta.  Jangan lupa MENDAFTAR! Banyaknya kursus yang ditawarkan!
Moh daftar sekarang!

Pendaftaran Peserta

Program-program yang ditawarkan

📢 Info Lanjut

Klik butang di bawah untuk hubungi kami

INFO & PERTANYAAN

 
Hari: Isnin – Jumaat . Jam: 8.30 pagi – 5.30 petang.
Tidak termasuk cuti umum