Ipoh, 19 Ogos 2021
Sesi taklimat program PERINTIS antara PASAK bersama GLC negeri Perak dan pemain industri telah dipengerusikan oleh YB Ahmad Saidi, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia negeri Perak bagi penerangan program PERINTIS yang disasarkan untuk membantu graduan dan penganggur mendapatkan latihan dan peluang pekerjaan melalui konsep OJT (On Job Training).Proram ini akan dijalankan oleh Kerajaan negeri Perak melalui Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan kerjasama GLC negeri Perak serta sektor swasta yang akan menyasarkan keterlibatan pencari kerja khususnya para graduan dan penganggur untuk menpersiapkan diri ke dalam dunia pekerjaan dengan penerapan program latihan dan ‘hands on working environment’ di dalam organisasi yang terlibat.Program PERINTIS ini juga disasarkan untuk membantu pihak majikan mendapatkan calon pekerja yang berkualiti melalui program penyediaan dan pemantapan calon PERINTIS yang mengikuti program ini.
Comments (2)
MD SALLEH BIN ABDULLAH - 13/09/2021
Salam
Untuk makluman saya dari BHIC Marine Tecchnology Academy Sdn Bhd ada menguruskan Latihan INdustri berbentuk TVET kepada anggota TLDM selama 6 bulan untuk yng berkelulusan SPM dan 4 bulan berkelulusan Diploma kEjuruteraan.
Saya ingin menawarkan program yang sama untuk orang awam terutam yang menacari pengalaman untuk bekerja
Sekian terima kasih
Md Salleh Abdullah (o1-25120297)
Ketua Pegawai Operasi
BHIC Marine TEchnology Academy SDn BHd
Tasya - 13/09/2021
Saya telah maklumkan berkenaan perkara diatas untuk tindakan pegawai berkenaan. Terima kasih.