Sesi Sidang Media Pelancaran Dayungan DUO TVET OKU Penglihatan

Sesi Sidang Media Pelancaran Dayungan DUO TVET OKU Penglihatan
Kampar | 17 Oktober 2021 
 
Sesi Sidang Media Pelancaran Dayungan DUO TVET OKU Penglihatan telah disempurnakan oleh YB Encik Ahmad Saidi Bin Mohamad Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Negeri Perak.
Adik Muhamad Shahrizal Bin Ismail & Adik Khairruddin Bin Mazli akan menempa nama di dalam Malaysia Book of Records bagi Misi Dayungan Duo TVET OKU bersempena Hari Keputeraan Sultan Perak, DYMM Sultan Nazrin Muizzudin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-Maghful-Lah. Misi ini akan bermula daripada Kem Intan Suraya dan berakhir di Jambatan Victoria, Karai sejauh 20 kilometer (km).
Adik Shahrizal dan Adik Khai juga merupakan peserta kursus TVET OKU Refleksologi anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK). Kedua-dua adik ini juga telah berjaya membuka Pusat Urutan Refleksologi yang terletak di Meru dan Batu Kurau melalui hasil latihan yang diterima daripada Pusat Latihan IGB Training & Consultancy.
Sesi sidang media dihadiri oleh Encik Mohamad Fikri bin Junit (Pengurus Besar PASAK), Cik Azrine Binti Othman (Pengarah Smecorp Negeri Perak), Encik Muhamad Anuar Bin Salleh (Pengarah Tekun Negeri Perak), Dato’ Haji Abu Bakar Bin Said (Pengerusi Perak Eclat TVET (PET)), Encik Ramli B. Ahmad Rozali (Ketua Program Dayungan Duo Tvet Oku Penglihatan), Hajah Suriyani Bt Haji Sadri (Pengurus Igb Training & Consultancy), dan yang diraikan Adik Muhamad Shahrizal Bin Ismail & Adik Khairruddin Bin Mazli.
Sesi penyerahan baju kepada Adik Muhamad Shahrizal Bin Ismail & Adik Khairruddin Bin Mazli telah disampaikan oleh YB Encik Ahmad Saidi, dan sesi penyerahan Mock Cheque berjumlah RM 5000.00 telah disampaikan kepada Encik Ramli B. Ahmad Rozali selaku Ketua Program Dayungan Duo Tvet OKU Penglihatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*