Sesi Sidang Media Karnival Kerjaya Perak Sejahtera

Ipoh, 14 September 2022 – Sesi Sidang Media Karnival Kerjaya Perak Sejahtera telah disempurnakan oleh YB Encik Ahmad Saidi Bin Mohamad Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Negeri Perak.
Sesi ini juga turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki (Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan Encik Mohamad Fikri bin Junit (Pengurus Besar PASAK).
Karnival Kerjaya kali ini melibatkan 60 syarikat daripada pelbagai sektor industri yang menawarkan 10,000 peluang pekerjaan dari pelbagai peringkat jawatan. Matlamat utama karnival kerjaya ini adalah untuk membantu graduan, lepasan SPM, golongan belia dan para pencari kerja untuk mendapatkan peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan.
Ini merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Perak bagi membantu mengurangkan kadar pengangguran dan lambakan jawatan kosong di pasaran industri.
Kerajaan Negeri yakin bahawa langkah ini dapat memberi impak positif kepada rakyat dan pembangunan sosioekonomi di Negeri Perak yang kita cintai ini.

Comments (2)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*