24 & 25 SEPT 2022 | IPOH
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah membuka booth pameran dan pendaftaran kerjaya sempena sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perak bertempat di Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh. Antara yang dibawa ialah peluang jawatan kosong yang sedang ditawarkan oleh pihak syarikat, serta peluang-peluang Latihan Peningkatan Kemahiran sama ada softskill, ataupun latihan TVET.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.