PROGRAM XPLORASI KAMPUS PUO : KURSUS MICROSOFT EXCEL (ADVANCE)

21 & 22 MAC 2022, 9.00 Pagi – 5.00 Petang
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah melaksanakan Program Xplorasi Kampus PUO : Kursus Microsoft Excel (Advance). Ts. Puan Nur Hasni yang merupakan seorang Pensyarah Kanan UiTM Perak, cawangan Tapah telah dijemput sebagai penceramah bagi program ini.
Seramai 60 peserta yang terdiri daripada pelajar pelbagai bidang dari Politeknik Ungku Omar (PUO) telah hadir secara fizikal ke kursus yang dilangsungkan di Makmal Care, Politeknik Ungku Omar (PUO) Perak.
Penceramah telah berkongsi berkaitan cara atau teknik untuk memasukkan data daripada pelbagai sumber. Antara contoh sumber yang digunakan adalah pangkalan data, website, borang mudah dan borang dinamik (micro-enabled). Selain itu, penceramah juga mendedahkan berkaitan pembersihan data dengan menggunakan teknik buang data berganda, buang ruang yang tidak digunakan serta standardized data (lowercase dan uppercase). Selanjutnya , ilmu berkaitan fungsi Vlookup, IF,3D summary serta Integrasi Excel dan Ms Word turut dimasukkan dalam sesi perkongsian tersebut.
Program Xplorasi Kampus kali ini telah dihadiri dan dirasmikan penutupannya oleh Tuan Haji Misbahul Munir, Pengarah Besar Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) yang dalam ucapan beliau turut menekankan pada para peserta agar sentiasa cakna dengan program-program yang dianjurkan pihak PASAK untuk belia, mahasiswa dan pencari kerja di sekitar Perak. Pengarah PASAK, juga mengharapkan para peserta untuk terus mengikuti program-program ini yang mampu membantu masyarakat untuk menambah kemahiran dan skill yang diperlukan terutamanya di pasca COVID-19 ini. Selain itu, Pengarah PASAK turut menasihatkan para peserta untuk mendaftar dengan PASAK agar PASAK dapat menyediakan program-program mengikut keperluan belia, mahasiswa dan pencari kerja, di samping dapat mewar-warkan kekosongan jawatan yang terdapat di sekitar Perak.
Akhir kata, pihak PASAK menzahirkan ribuan terima kasih kepada Ts. Puan Nur Hasni atas perkongsian ilmu yang bermanfaat ini dengan cara yang menarik serta mudah difahami. Diharapkan semoga kursus yang dianjurkan PASAK ini dapat memberi nilai tambah kepada para peserta khususnya warga Perak agar dapat melahirkan masyarakat yang mahir serta berdaya saing. PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak berkaitan penyediaan latihan atau pendedahan ilmu yang berkualiti khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*