Program Talk Persediaan Temuduga kepada pelajar STPM dan SPM SMK Sultan Abdullah, Chenderong Balai

14 September 2022 | 2.00 petang – 3.30 petang.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Muhammad Firdaus dari PASAK (Pusat Aspirasi Anak Perak). Antara yang sempat dikongsikan oleh Encik Firdaus ialah berkaitan dengan Persediaan sebelum Temuduga, Persediaan Semasa Hari Temuduga (Etika & Kod Pemakaian Formal), perkara yang harus dilakukan semasa dan selepas temuduga.
Terima kasih diucapkan kepada pihak SMK Sultan Abdullah kerana sudi untuk menjemput pihak PASAK utuk menjalankan taklimat kepada pelajar.
Diharapkan program ini dapat memberikan pendedahan kepada peserta mengenai Temuduga yang baik dan bersesuaian pada masa akan datang.
Pihak PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*