PROGRAM SMART G -TUISYEN & PROGRAM MAKANAN PERCUMA PELAJAR SPM / SVM / STPM / STAM 2021 DI BAWAH INISIATIF TUISYEN CIKGU SAARANI (TCS)

Ipoh, 17 Februari – Kerajaan Negeri Perak di bawah Portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Sumber Manusia telah melancarkan Program SMART G -Tuisyen & Program Makanan Percuma Pelajar SPM / SVM / STPM / STAM 2021 di bawah Inisiatif Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) yang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak.
Objektif utama inisiatif TCS adalah untuk meningkatkan pelaksanaan strategi pembelajaran berkesan mengikut tahap keupayaan murid yang merangkumi 6 inisiatif strategik iaitu tuisyen & kelas tambahan, bahan pengajaran interaktif, bantuan khas makanan, program latih tubi berfokus, kesejahteraan & kesihatan murid serta khidmat sosial & komuniti.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga melancarkan program Smart-G Tuisyen, di mana program ini menumpukan usaha dalam membantu murid-murid yang sederhana dalam prestasi akademik agar dapat ditingkatkan prestasi mereka melalui tuisyen percuma secara online.
Program ini dijangka akan dilaksanakan pada bulan Mac 2022 dan akan memberi manfaat kepada 6,000 murid di Negeri Perak khususnya kepada pelajar B40 dan M40 yang terpilih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*