KURSUS KOMUNIKASI ASAS PENGACARAAN

PROGRAM KLINIK KERJAYA - KURSUS KOMUNIKASI ASAS PENGACARAAN
13 Ogos 2020, (9.00 Pagi – 5.00 Petang) – Program Klinik Kerjaya yang telah dijalankan secara bersemuka bertempat di Bilik Latihan, Aras G, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta tentang cara berkomunikasi secara efektif serta bagaimana untuk menangani ketakutan ketika berucap sebagai pengacara di hadapan khalayak.
Pengisian program kali ini disampaikan oleh Encik Haslizar, dari i-Lead, Kementerian Belia dan Sukan. Antara pengisian yang dikongsikan termasuklah mengenai “How to Have Confidence in Yourself”, “Type of Body Language” dan pelbagai lagi. Kursus ini dapat membantu para peserta untuk menambah baik cara berkomunikasi dan pengacaraan dengan lebih efektif ketika menjadi pengacara serta melakukan pembentangan sama ada di alam pekerjaan mahupun di sesi pembelajaran.
Seperti yang telah dikongsikan oleh Encik Haslizar, komunikasi merupakan perhubungan atau pertukaran idea dan maklumat daripada sesuatu sumber kepada khalayak melalui medium perantaraan. Antara medium perantaraan yang digunakan untuk berkomunikasi secara efektif adalah melalui media yang terdiri daripada media sosial, media telekomunikasi, media cetak dan lain-lain lagi. Walaupun, kewujudan media hanyalah membantu penyebaran maklumat dengan lebih cepat, akan tetapi komunikasi antara individu ke individu mampu melindungi keaslian maklumat tersebut.
Seterusnya, sebelum memulakan tugas sebagai pengacara yang menjadi fokus utama Klinik Kerjaya pada kali ini, Encik Haslizar telah menyatakan bahawa perlulah bersedia sebelum mengacara sesebuah majlis. Antaranya adalah menyediakan cue card bersaiz telapak tangan supaya memudahkan untuk mengacara sesebuah majlis. Dengan melakukan perkara tersebut dapat mengurangkan rasa ketakutan di atas pentas serta mengurangkan rasa gemuruh. Selain itu juga, seseorang pengacara perlulah sentiasa hadir ke lokasi lebih awal supaya dapat bersedia.
Encik Haslizar juga telah memberi beberapa tips penting mengenai cara untuk meningkatkan keyakinan dan menampakkan diri berkeyakinan tinggi. Antara tips tersebut ialah mendengar lagu. Mendengar lagu menjadi salah satu tips untuk mendapatkan aura dan emosi positif supaya dapat mengendalikan majlis sebagai pengacara dalam mood yang positif. Selain itu juga, dengan sentiasa mengingati diri dengan kata-kata positif seperti “Saya Boleh” ataupun “Saya hari ini akan mengacara majlis dengan sangat baik”. Walaupun kata-kata semangat ini adalah kecil namun memberi impak besar kepada keyakinan diri seseorang individu.
Terima kasih diucapkan kepada En. Haslizar atas kesudian untuk berkongsi ilmu mengenai Asas Pengacaraan yang sangat bermanfaat, menarik, dan mudah difahami oleh para peserta yang terlibat.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Kongsikan Artikel ini:

Tentang PASAK

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) merupakan agensi yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri Perak di bawah Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia yang bermatlamat melahirkan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan pelbagai sektor dalam dan luar negeri. Follow kami di facebook page Pusat Aspirasi Anak Perak – PASAK untuk mendapatkan makluman berita terkini tentang program-program PASAK.

Artikel Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *