Program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak

Program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak
IPOH- 16 Ogos 2022, 9.00 PAGI – Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di Stadium Indera Mulia yang berlangsung hari ini dari 9 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari. Lebih 20 agensi dan jabatan Kerajaan Negeri Perak membuka booth pameran bagi memberikan info dan perkhidmatan terkini jabatan untuk warga-warga perak.
YAB Menteri Besar Perak, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani Mohamad bersama barisan EXCO Kerajaan Negeri Perak mendengar permasalahan hadirin sempena Program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di Stadium Indera Mulia.
YB Encik Ahmad Saidi bin Mohamad Daud (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia) dan Tuan Haji Misbahul Munir bin Masduki (Pengarah PASAK) turun padang untuk menerima aduan daripada para pelanggan dengan penuh prihatin. Aduan yang diterima akan diambil tindakan lanjut oleh pihak PASAK. PASAK senantiasa cekap dan sedia membantu dalam menerima sebarang pertanyaan dan aduan daripada para pelanggan iaitu pencari kerja yang hadir ke booth PASAK.

Kongsikan Artikel ini:

Tentang PASAK

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) merupakan agensi yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri Perak di bawah Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia yang bermatlamat melahirkan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan pelbagai sektor dalam dan luar negeri. Follow kami di facebook page Pusat Aspirasi Anak Perak – PASAK untuk mendapatkan makluman berita terkini tentang program-program PASAK.

Artikel Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *