Program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2022

8 Februari (Selasa) 
Telah berlangsung Program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2022 di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) bersedia memberi kerjasama kepada warga Perak dengan membuka peluang dan platform kepada masyarakat umum berkenaan peluang pekerjaan Dan latihan kemahiran yang sedia ditawarkan di negeri Perak.
PASAK senantiasa cekap dan sedia membantu dalam menerima sebarang pertanyaan dan aduan daripada para pelanggan iaitu pencari kerja yang hadir ke booth PASAK. Pengarah PASAK turut hadir menerima aduan daripada para pelanggan dengan penuh prihatin. Aduan yang diterima akan diambil tindakan lanjut oleh pihak PASAK. Program ini berjaya menerima pendaftaran para pencari kerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*