Pihak PASAK telah membuat kunjungan dan lawatan ke Kedai Biskut Anak Kita Cookies & Gift yang terletak di Taiping. Ini merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan bakeri & biskut.
Encik Mohamad Fikri bin Mohd Junit (Pengurus Besar PASAK) telah memberikan penerangan berkaitan Program Technical And Vocational Education And Training (TVET) anjuran Jawatankuasa TVET Negeri Perak bagi tahun 2022.
Inisiatif ini adalah untuk memberi hak dan peluang yang sama rata dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi golongan OKU lain.