PERTEMUAN BERSAMA PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) BAGI PROGRAM TVET OKU 2022

Ipoh, 9 Mac 2022
Pihak PASAK telah membuat kunjungan dan lawatan ke Sekolah Semangat Maju yang terletak di Kampung Tawas yang merupakan Perak Association for Intellectually Disabled (PAFID) dan Ray of Hope, Bercham yang merupakan sebuah pusat pembelajaran bagi Orang Kelainan Upaya (OKU).
Encik Mohamad Fikri bin Mohd Junit (Pengurus Besar PASAK) telah memberikan penerangan berkaitan program-program TVET anjuran Jawatankuasa TVET Negeri Perak bagi tahun 2022, khususnya dalam Program TVET OKU.
Antaranya adalah dengan melaksanakan Program Technical And Vocational Education And Training (TVET) kepada golongan kelainan upaya (OKU). Inisiatif ini juga adalah bagi kesaksamaan hak dan peluang kepada golongan OKU yang meliputi penyertaan penuh dalam masyarakat bagi membolehkan mereka hidup berdikari pada masa hadapan kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*