PERASMIAN KARNIVAL KERJAYA PERAK SEJAHTERA 2030

18 September 2022, Ipoh
Perasmian Karnival Kerjaya Perak Sejahtera 2030 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad (Menteri Besar Perak Darul Ridzuan), YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin (Penasihat Undang-Undang Negeri Perak), YB Encik Khairul Shahril bin Mohamed (Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan, Komunikasi Dan Multimedia Negeri Perak), YB Encik Ahmad Saidi bin Mohamad Daud (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Sumber Manusia Negeri Perak), Y.Brs Dr Maisarah binti Ahmad (Ketua Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR)), Y.Brs Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki (Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)) dan Y.Brs Encik Azirruan bin Arifin (Ketua Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan (PERKESO))
Matlamat utama Karnival Kerjaya ini adalah untuk membantu graduan, lepasan SPM dan juga pencari kerja bagi mencari pekerjaan.
Program ini juga melibatkan kerjasama dengan majikan tempatan dalam mencari bakat-bakat bagi mengisi kekosongan jawatan dalam industri masing-masing.
Majlis Pertukaran Dokumen MoU di antara IDR & PASAK dan PERKESO disaksikan oleh YAB Menteri Besar Perak. Bukan itu sahaja, pada Karnival Kerjaya ini juga merupakan Pra-Pelancaran Aplikasi Talent Perak bagi memudahkan urusan pencari pekerjaan di negeri Perak.
Karnival Kerjaya Perak Sejahtera 2030 ini dijalankan secara bersemuka di Stadium Indera Mulia dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Lebih 10,000 jawatan kosong ditawarkan dari 59 syarikat hadir pada program kali ini.
PASAK akan terus komited menjalankan tanggungjawab untuk membantu lebih ramai masyarakat diluar sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*