PENYERAHAN BAUCAR BANTUAN KHAS MAHASISWA PERAK 2.0

18 Februari 2022
Telah berlangsung Majlis Penyerahan Baucar Bantuan Mahasiswa bagi DUN Changkat Jong, DUN Rungkup dan DUN Hutan Melintang yang melibatkan seramai 174 orang mahasiswa.
Penyerahan baucar bantuan telah disampaikan oleh Yang Berhormat Encik Ahmad Saidi bin Mohamad Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Negeri Perak, merangkap Pengerusi Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) bersama ADUN-ADUN kawasan kepada pelajar dari DUN Kawasan masing-masing.
Terima kasih diucapkan kepada YB DATO’ MOHD AZHAR BIN JAMALUDDIN (Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Changkat Jong), YB DATO’ SHAHRUL ZAMAN BIN DATUK YAHYA (Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Rungkup) dan YB DATUK KHAIRUDDIN BIN TARMIZI (Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Hutan Melintang) atas kesudian menyampaikan Baucar Bantuan kepada mahasiswa yang hadir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*