PENYERAHAN BAUCAR BANTUAN KHAS MAHASISWA PERAK 2.0

11 Februari 2022 (Jumaat)
Telah berlangsung Majlis Penyerahan Baucar Bantuan Mahasiswa bagi DUN Behrang dan DUN Slim yang melibatkan seramai 86 orang mahasiswa.
Penyerahan baucar bantuan telah disampaikan oleh Encik Fikri Junit, Pengurus Besar PASAK mewakili Yang Berhormat Encik Ahmad Saidi bin Mohamad Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Negeri Perak, merangkap Pengerusi Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) bersama ADUN-ADUN kawasan kepada pelajar dari DUN Kawasan masing-masing.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Encik Aminuddin Zulkipli (Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Behrang), Yang Berhormat Encik Mohd Zaidi Aziz (Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Slim) dan atas kesudian menyampaikan Baucar Bantuan kepada mahasiswa yang hadir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*