PENDAFTARAN DAN PAMERAN KERJAYA SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA DAERAH MANJUNG

3 SEPTEMBER 2022 | 9.00 PAGI – 2.00 PETANG
Telah selesai Booth Pendaftaran dan Pameran Kerjaya PASAK yang dijalankan sempena Sambutan Hari Belia Daerah Manjung, bertempat di Kompleks Pentadbiran Daerah Manjung.
PASAK telah dijemput untuk mempromosikan jawatan-jawatan kosong serta kursus-kursus TVET yang sedang ditawarkan ditawarkan di seluruh Negeri Perak. Di samping itu, PASAK turut mempromosikan Program Karnival Kerjaya Perak Sejahtera yang akan dijalankan pada 17&18 September bertempat di Dewan Indera Mulia, Ipoh.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Belia dan Sukan serta Majlis Belia Daerah Manjung atas kesudian menjemput PASAK untuk terlibat sama dalam program ini.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*