OUTREACH Karnival Kemahiran, Kerjaya dan Keusahawanan Orang Asli Zon Tengah Perak peringkat Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Perak dan Kedah

Sungai Siput | 16 Januari 2022 

Telah berlangsung OUTREACH Karnival Kemahiran, Kerjaya dan Keusahawanan Orang Asli Zon Tengah Perak peringkat Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Perak dan Kedah. Karnival ini juga anjuran bersama Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), Human Resources Development Corporation (HRDCorp), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Northern Corridor Economic Region (NCER) dan GIATMARA.
Karnival ini diadakan di Orang Asli One Stop Centre (OAOSC) Bawong, Sungai Siput, Perak bermula jam 9.00 Pagi hingga 4.00 Petang.
Terdapat 9 majikan yang menawarkan peluang pekerjaan serta menjalankan sesi temuduga terbuka di karnival ini, iaitu:
1. Sime Darby Plantation
2. 99 Speedmart
3. Proton Tanjung Malim
4. Gerbang Alaf Baru (Mcdonalds Malaysia)
5. Hartalega
6. JK Wire Sdn Bhd
7. Sate Kajang Haji Samuri
8. Genting (M) Berhad
9. Epson Precision (M) Sdn Bhd

Karnival ini dirasmikan oleh YB Encik Ahmad Saidi bin Mohamad Daud selaku Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Negeri Perak.
Diharapkan karnival ini mampu memberikan impak positif kepada semua yang hadir disamping mencapai objektif yang dimatlamatkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*