MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL (KECIL) TECHNICAL & VOKASIONAL, EDUCATION & TRAINING (TVET) NEGERI PERAK BIL 1/2022

YB Encik Ahmad Saidi Bin Mohamad Daud (EXCO merangkap Pengerusi Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)),
telah mempengerusikan Jawatankuasa Teknikal (Kecil) Technical & Vokasional, Education & Training (TVET) Negeri Perak Bil 1/2022 yang telah bertempat di Bilik Mesyuarat Utama SUK Perak.
Mesyuarat telah dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki (Pengarah PASAK), Encik Khairul Annuar bin Che Zakaria (Timbalan Pengarah JAKOA Perak & Kedah), Encik Mohamad Noor Arif bin Zakaria (Pengurus Perhubungan Pelabur INVESTPERAK), Profesor Sr. Dr. Md Yusof Hamid (Rektor UiTM Cawangan Perak), Ts. Dr. Izwah binti Ismail (Timbalan Pengarah Bahagian Akademik Politeknik Ungku Omar), Puan Norhayati binti Jamil (Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Politeknik Sultan Azlan Shah), Dr Saw Chun Lin (Ketua Unit CISEC Politeknik Bagan Datuk ), Encik Azmi bin Mat (Pengarah Institut Latihan Perindustrian Ipoh), Haji Zulkifle bin Omar (Pengarah ADTEC Taiping), Encik Mok Tuck Meng (Naib Pengerusi FMM Cawangan Perak), Encik Punniamoorthy Nadarajan (Naib Pengerusi MICCI Cawangan Perak), Encik Leong Sir Weay (Internal Auditor PFEIA), Encik Vincent EE (Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia Cawangan Perak), Encik Azizul bin Mohd Othman (Ketua Eksekutif Perak Eclat TVET) dan pegawai pengurusan terlibat.
Mesyuarat telah membincangkan dan membentangkan perancangan program TVET bagi tahun 2022 serta pengurusan Jawatankuasa TVET 2022 dan perbincangan jenis- jenis latihan di bawah TVET bagi tahun 2022.
Sekalung terima kasih diucapkan kepada YAB Pengerusi dan kesemua ahli mesyuarat di atas kelapangan untuk menghadiri mesyuarat pada petang ini.
Dengan adanya usahasama, perbincangan, dan percambahan idea daripada ahli-ahli mesyuarat, diharapkan perbincangan ini dapat memberi nilai tambah dan manfaat kepada Anak Negeri Perak serta menjayakan objektif ke arah “Satu Warga Satu Skil”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*