MESYUARAT JAWATANKUASA TECHNICAL & VOKASIONAL, EDUCATION & TRAINING (TVET) NEGERI PERAK BIL 1/2022

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan telah mempengerusikan Jawatankuasa Technical & Vokasional, Education & Training (TVET) Negeri Perak Bil 1/2022 yang telah bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Menteri Besar Perak.
Mesyuarat turut dihadiri oleh YB Dato’ Zulazlan Bin Abu Hassan (Pegawai Kewangan Negeri Perak), YB Encik Ahmad Saidi Bin Mohamad Daud (EXCO merangkap Pengerusi Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)), YB Dato’ Shahrul Zaman Datuk Yahya (Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor), Dato’ Rumaizi Bin Baharin @ Md Daud (Datuk Bandar Ipoh), Puan Halizah Binti Sipun (Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)), Dato’ Haji Abu Bakar Bin Said (Pengerusi Perak Eclat TVET (PET)) serta Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki (Pengarah PASAK)) dan pegawai pengurusan terlibat.
Mesyuarat telah membincangkan dan membentangkan berkenaan pelaksanaan program TVET 2021, perancangan program TVET bagi tahun 2022 serta pengurusan Jawatankuasa TVET 2022.
Sekalung terima kasih diucapkan kepada YAB Pengerusi dan kesemua ahli mesyuarat di atas kelapangan untuk menghadiri mesyuarat pada petang ini.
Dengan adanya usahasama, perbincangan, dan percambahan idea daripada ahli-ahli mesyuarat, diharapkan perbincangan ini dapat memberi nilai tambah dan manfaat kepada Anak Negeri Perak serta menjayakan objektif “Ke Arah Satu Warga Satu Skil”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*