Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PASAK Bilangan 3/2021.

YB Encik Ahmad Saidi Bin Mohamad Daud telah meluangkan masa untuk mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah bilangan 3/2021 secara atas talian.
Mesyuarat turut dihadiri oleh YB Dato’ Zainol Fadzi, YB Datuk Dr Wan Norashikin, YB Khairul Shahril, selaku ahli lembaga serta Pengarah PASAK Tn.Hj Misbahul Munir dan pegawai pengurusan terlibat.
Mesyuarat telah membincangkan dan membentangkan analisis kebolehlaksanaan dan kebolehpasaran program PASAK Januari – Disember 2021 selain perancangan program-program pemerkasaan pembangunan sumber manusia negeri Perak 2022.
Sekalung terima kasih diucapkan kepada YB Pengerusi dan kesemua ahli lembaga pengarah diatas kelapangan untuk menghadiri mesyuarat pada pagi ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*