Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PASAK Bil 01/2022

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PASAK

15 Ogos 2022 (Isnin) – Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PASAK Bil 1 / 2022 telah dipengerusikan oleh YB Encik Ahmad Saidi bin Mohamad Daud dengan kehadiran YB Datuk Dr. Wan Norashikin binti Wan Noordin, YB Encik Khairul Shahril bin Mohamed dan YB Dato’ Nolee Ashilin binti Dato’ Mohammed Radzi selaku ahli lembaga pengarah.
Mesyuarat pertama untuk tahun 2022 membincangkan dan membentangkan analisis kebolehlaksanaan dan kebolehpasaran program PASAK April – Jun 2022 selain perancangan program-program pemerkasaan pembangunan sumber manusia negeri Perak.
Mesyuarat turut dihadiri oleh Tuan Haji Misbahul Munir bin Masduki (Pengarah PASAK), Encik Mohamad Fikri bin Mohd Junit (Pengurus Besar PASAK) dan Puan Han Wen Huey (Pengurus Kewangan & Sumber Manusia PASAK)

Kongsikan Artikel ini:

Tentang PASAK

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) merupakan agensi yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri Perak di bawah Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia yang bermatlamat melahirkan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan pelbagai sektor dalam dan luar negeri. Follow kami di facebook page Pusat Aspirasi Anak Perak – PASAK untuk mendapatkan makluman berita terkini tentang program-program PASAK.

Artikel Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *