MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN GABUNGAN PUSAT LATIHAN SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN) NEGERI PERAK

Ipoh, 1 Mac 2022
Telah berlangsung Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Gabungan Pusat Latihan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Negeri Perak yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Ahmad Saidi bin Mohamad Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Negeri Perak. Turut hadir ke majlis ialah Tuan Haji Misbahul Munir selaku Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).
Dalam ucapan perasmian, beliau menekankan peri pentingnya mengupayakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang diterajui industri kerana usaha pengupayaan ini mampu mempengaruhi reputasi Negara di peringkat antarabangsa.
Akhir sekali, YB Encik Ahmad Saidi turut menzahirkan harapan kepada pusat- pusat Latihan SLDN agar terus mencurahkan ilmu dalam bidang kemahiran kepada lepasan pelajar sekolah, graduan menganggur, individu yang terkesan akibat pendemik covid 19 demi masa depan yang lebih terjamin seterusnya dapat menjana pendapatan sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*