Majlis Penyerahan Baucar Bantuan Mahasiswa bagi DUN Pantai Remis, DUN Pengkalan Baharu dan DUN Belanja

Penyerahan Baucar Bantuan Khas Mahasiswa Perak 2.0 | 7 Februari 2022

Telah berlangsung Majlis Penyerahan Baucar Bantuan Mahasiswa bagi DUN Pantai Remis, DUN Pengkalan Baharu dan DUN Belanja yang melibatkan seramai 87 orang mahasiswa.
Penyerahan baucar bantuan telah disampaikan oleh Yang Berhormat Encik Ahmad Saidi bin Mohamad Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Negeri Perak, merangkap Pengerusi Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) bersama ADUN-ADUN kawasan kepada pelajar dari DUN Kawasan masing-masing.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Puan Wong May Ing (Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pantai Remis), Yang Berhormat Dato’ Abdul Manaf bin Hashim (Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pengkalan Baharu),Yang Berhormat Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria (Ahli Parlimen Parit) dan Yang Berhormat Encik Khairudin bin Abu Hanipah (Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Belanja) atas kesudian menyampaikan Baucar Bantuan kepada mahasiswa yang hadir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*