Majlis Penyerahan Baucar Bantuan Mahasiswa bagi DUN Kuala Sepetang, DUN Trong, dan DUN Changkat Jering

Majlis Penyerahan Baucar Bantuan Mahasiswa bagi DUN Kuala Sepetang, DUN Trong, dan DUN Changkat Jering
Penyerahan Baucar Bantuan Khas Mahasiswa Perak 2.0
16 Oktober 2021
 
Telah berlangsung Majlis Penyerahan Baucar Bantuan Mahasiswa bagi DUN Kuala Sepetang, DUN Trong, dan DUN Changkat Jering yang melibatkan seramai 83 orang mahasiswa.
Penyerahan baucar bantuan telah disampaikan oleh Yang Berhormat Encik Ahmad Saidi bin Mohd Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Negeri Perak, merangkap Pengerusi Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) bersama ADUN kawasan kepada pelajar dari DUN Kawasan masing-masing.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhomat Encik Mohd Kamaruddin bin Abu Bakar, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Sepetang dan Yang Berhormat Puan Jamilah binti Zakaria, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Trong atas kesudian menyampaikan Baucar Bantuan kepada mahasiswa yang hadir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*