MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TVET OKU

6 September 2022 (Selasa)
Selesai sudah majlis penyampaian sijil kepada 10 orang peserta yang terlibat bagi Kursus Latihan Penyediaan Biskut Kering dan Healthy Cookies pada hari ini yang telah disempurnakan oleh YB Encik Ahmad Saidi Bin Mohamad Daud, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Changkat Jering merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Negeri Perak diiringi Cikgu Intan Hazlina Binti Shamsul Badri, Pengurus ANAK KITA Enterprise.
Program ini telah berjalan bermula dari 27hb Julai 2022 sehingga 6hb September 2022 bertempat di ANAK KITA Bakery & Cafe, Taiping. Program ni merupakan satu inisiatif kerajaan negeri Perak di bawah Jawatankuasa TVET Negeri, dalam kategori program Latihan TVET OKU. Pihak PASAK ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan latihan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*