Jumaat- 19 Ogos 2022
Selesai sudah majlis penyampaian sijil kepada 10 orang peserta yang terlibat bagi Kursus Operator Mesin Kimpalan pada hari ini yang telah disempurnakan oleh YB Cikgu Yahaya Bin Mat Nor, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pasir Panjang diiringi Wakil Pengarah PASAK ,Puan Ng Suat Meay bersama Pengurus Pusat Bertauliah Invictus Skill Training Academy Encik Adris bin Youp.
Program ini telah berjalan selama 15 hari bertempat di Invictus Skill Training Academy dan Syarikat Toyota Assembly yang bertempat di Shah Alam.
Program ni merupakan program di bawah Jawatankuasa TVET Negeri Perak di bawah program Latihan Modular Industri.
Pihak PASAK ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan latihan ini.