Majlis Penyampaian Sijil TVET Latihan Modular Industri

Jumaat – 26 Ogos 2022
Selesai sudah majlis penyampaian sijil kepada 31 orang peserta yang terlibat bagi Kursus Asas Kimpalan 3G SMAW dan Kursus Operasi Pemesinan pada hari ini yang telah disempurnakan oleh Pengarah PASAK, Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki bersama Pengurus Teknikal dan Latihan yang mewakili Pengurus Pusat Bertauliah Pusat Pembangunan Usahawan Dan Kemahiran Negeri Perak (PESDC), Encik Ahmad Shahrir Bin Alias.
Program ini telah berjalan selama 15 hari bertempat di Pusat Pembangunan Usahawan Dan Kemahiran Negeri Perak (PESDC), Pusing. Program ini merupakan program di bawah Jawatankuasa TVET Negeri Perak di bawah program Latihan Modular Industri.
Pihak PASAK ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan latihan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*