Majlis Penutup & Sesi Penyerahan Sijil Kursus Peleraian Komponen Kereta kepada peserta di bawah Program Latihan Peningkatan Kemahiran (Upskilling) oleh Pengarah PASAK, Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki. Majlis juga turut dihadiri Puan Norhayati binti Ismail (Pengurus Perak Eclat TVET (PET)), Sen. ( B ) Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran Bin Abd. Hamid ( B ) (Presiden Persatuan Veteran TLDM Malaysia), Encik Zakaria Don dan Encik Mohd Rizal Tamin dari Pusat Latihan Don Tamin. Seramai 25 orang peserta telah berjaya menamatkan latihan ini yang telah bermula pada 10 Disember 2021 sehingga 23 Disember 2021.