6 Ogos 2025 โ Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) menerima kunjungan hormat daripada delegasi Tertiary and Vocational Education Commission (TVEC) sebagai langkah awal ke arah perbincangan kolaborasi strategik antara kedua-dua pihak.
ย
Pertemuan ini memberi ruang untuk meneroka inisiatif bersama yang dapat menyokong pembangunan modal insan serta memperkukuh ekosistem pendidikan teknikal dan vokasional di Negeri Perak.
ย
Delegasi TVEC diketuai oleh Nazrin Bin Mohd Yusof, bersama tujuh lagi wakil termasuk Setra Rasa A/L Suppaiah dan Dr. R. Rupa Saminathan. Pihak PASAK diwakili oleh Encik Aldrin Ng, Pengarah PASAK dan Cik Norasyikin, Pegawai PASAK.
ย
Diharapkan kerjasama ini dapat membuka jalan kepada pelaksanaan program berimpak tinggi demi manfaat generasi muda Perak.