LATIHAN BINA INSAN DI HOTEL TRAVELODGE IPOH.

26 OGOS – 28 OGOS 2022
Tamat sudah Latihan Bina Insan yang bertempat di Hotel Travelodge Ipoh, Perak. Program ini dijalankan selama 3 hari dari 26 Ogos 2022 sehingga 28 Ogos 2022. Program ini telah dijalankan oleh Pelatih dan Penceramah terkenal, Firdaus Arshad dari Pertubuhan Perunding Latihan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN). Program ini juga telah disertai oleh 27 orang peserta yang terdiri daripada peserta Program PERINTIS.
Peserta telah didedahkan dengan pelbagai ilmu Kepimpinan, Sosial, Kerohanian, Nilai Kepimpinan Negara Dan Motivasi. Antara perkara yang dikongsikan oleh Coach Firdaus adalah cara untuk mendapatkan ketenangan, cara berkomunikasi efektif, penghayatan keseimbangan kehidupan Dan meningkatkan disiplin diri. Tujuan perkara ini didedahkan adalah untuk menanamkan diri peserta untuk sentiasa bersedia dalam duni pekerjaan serta menggunakan kemahiran dan bakat untuk mencapai matlamat hidup.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir telah memberi ucapan dan kata-kata sokongan dalam ucapan penutupan perasmian kepada para peserta PERINTIS. Antara ucapan beliau adalah untuk sentiasa jujur dan tahu bahawa Tuhan sentiasa melihat dan mendengar segala perbuatan yang kita lakukan. Di tempat kerja perlulah jujur dan amanah dalam melakukan tanggungjawab dan tugasan yang dilakukan di tempat kerja. Beliau juga telah berpesan bahawa kejujuran adalah yang paling penting terutamanya di tempat kerja kerana kejujuran mampu membentuk komunikasi yang efektif dalam kalangan para pekerja serta ketika berhubungan dengan majikan berjawatan tinggi dalam sesebuah syarikat.
Terima Kasih diucapkan kepada tenaga pengajar yang telah hadir melatih peserta yang terlibat. Terima kasih juga kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga semua perkara yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi nilai tambah kepada diri peserta yang hadir, serta dapat membantu pencari kerja dalam mencari pekerjaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*