Latarbelakang

Pengenalan

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) merupakan agensi kerajaan yang menyelaras agenda pembangunan modal insan, inisiatif dari kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan.

PASAK ditubuhkan pada tahun 2018. Sebelum ini dikenali sebagai Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) yang memfokuskan kepada agenda pembangunan belia dan kerjaya di negeri Perak. 

Namun kini, PASAK mempunyai peranan yang lebih besar dan penting iaitu sebagai Sekretariat TVET di negeri Perak yang bertanggungjawab sebagai penyelaras agenda pembangunan modal insan menerusi jaringan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta. 

Dalam usaha membangunkan modal insan di negeri Perak, PASAK sentiasa komited dalam membantu menyediakan peluang dan ruang kepada rakyat untuk menambah nilai pengetahuan dan kemahiran diri menerusi penganjuran program latihan intensif dan inisiatif daripada pihak kerajaan  dan rakan strategik. 

Di samping memberi penawaran khidmat dari segi pemasaran kerjaya yang merangkumi pelbagai lapisan masyarakat. Golongan sasaran juga menjadi lebih luas dan terbuka tanpa mengira umur, agama, jantina dan bangsa.