Latarbelakang PASAK

Pusat Aspirasi Anak Perak atau dikenali sebagai PASAK merupakan sebuah agensi pembangunan modal Insan di bawah portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penajian Tinggi dan Sumber Manusia, Yang Berhormat Ahmad Saidi Bin Mohamad Daud yang juga Exco Kerajaan Negeri Perak.

PASAK merupakan kesinambungan daripada Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) yang ditubuhkan pada tahun 2011. Dahulunya PEKA banyak memfokuskan kepada pembangunan kerjaya dan belia sahaja, namun kini telah dijenamakan semula sebagai Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan ditambahbaik dari segi peranannya dalam organisasi kerajaan negeri Perak.

Sasaran PASAK juga menjadi semakin luas yang tidak fokus kepada belia dan kerjaya saja, malah turut fokuskan kepada semua lapisan masyarakat bandar, luar bandar, graduan, ibu tunggal, pemimpin masyarakat pelbagai peringkat dan merangkumi aspek pendidikan, industri, latihan kemahiran, modal insan, multimedia dan pelbagai lagi.

Antara program berimpak tinggi anjuran PASAK bagi tahun 2020 adalah Program Transformasi Tenagakerja (Workpro). Program ini memfokuskan kepada memberi latihan kemahiran berasaskan TVET kepada peserta dalam tempoh satu bulan. PASAK mensasarkan hampir 1,500 orang peserta yang menyertai program ini. Program ini umpama jambatan yang menghubungkan rakyat negeri Perak dengan peluang kemahiran dan kerjaya. Hal ini kerana PASAK juga memainkan peranan sebagai penghubung antara pencari kerja dengan syarikat penyedia latihan yang menawarkan peluang pekerjaan.

Terdapat program latihan kemahiran yang ditawarkan oleh syarikat penyedia latihan memberi jaminan kerjaya yang mana sangat baik untuk membantu mereka yang telah tamat latihan terus diserap masuk bekerja dalam bidang berkaitan. Namun tidak semua. Meski pun begitu, dengan ilmu kemahiran yang diperoleh dapat membantu rakyat di negeri Perak mencebri bidang lain atau menaiktaraf kemahiran mereka untuk mencapai kejayaan di peringkat lebih tinggi.

Selain ada beberapa program lain seperti, latihan penguasaan bahasa kedua dan ketiga, Eksplorasi Kampus, Pemetaan Kerjaya, Karnival Kerjaya, Skuad Ronda, Akademi Bina Insan dan banyak lagi program menarik.

Kini, PASAK diterajui oleh Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki sebagai Pengarah yang terkini. Mohon doakan agar PASAK terus komited dan istiqamah memberi khidmat bakti kepada rakyat khususnya di negeri Perak.