25 Oktober 2023 | SMK Sungkai.
Program Kursus Asas Gunting Rambut ini melibatkan seramai 20 orang pelajar Tingkatan 4 dari SMK Sungkai. Aktiviti ini bermula pada 10 pagi sehingga 2 petang dan telah disampaikan oleh Choor’s Barber.
Kursus jangka pendek ini dibahagikan mengikut dua kumpulan iaitu sebanyak 10 kumpulan pertama merupakan pelajar lelaki yang mempelajari berkaitan skill untuk memotong rambut gaya ‘fade’ dan ‘side burn shave’. Manakala kumpulan kedua merupakan 10 orang pelajar perempuan yang mempelajari untuk menggunting dan mendandankan rambut.
Program yang dianjurkan PASAK ini mampu memperkasakan masyarakat melalui kemahiran tambahan yang perlu ada bagi menghasilkan peningkatan kendiri serta memanfaatkan segala potensi yang wujud pada setiap individu.
Terima kasih diucapkan kepada Choor’s Barber atas kesudian berkongsi idea yang sangat menarik, berkualiti dan bermanfaat kepada para peserta yang terlibat. Terima kasih diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadiri kursus ini. Semoga apa yang dipelajari semasa program ini dapat memberi nilai tambah kepada diri peserta yang hadir.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.



