KURSUS PENYELENGGARAAN MOTOSIKAL DAN PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA, SAINS DAN TEKNOLOGI SELAMA LESTARI DI DEWAN SERBAGUNA SQ, BAYOR, ULU SELAMA.

14 Ogos 2022 | 9.00 PAGI – 1.00 PETANG – Selesai sudah Program Kursus Penyelenggaraan Motosikal (Penukaran Tiub Tayar) selari dengan Program Pembangunan Belia, Sains dan Teknologi telah dijalankan bersama En. Asyraf yang merupakan seorang tenaga pengajar di Giatmara Bagan Serai. Program ini telah dijalankan secara fizikal di Dewan Serbaguna Sg. Bayor, Ulu Selama. Kursus ini melibatkan 20 orang peserta yang terdiri daripada para graduan, belia, pelajar sekolan, pencari kerja dan pekerja-pekerja yang berada di sekitar Daerah Ulu Selama.
Peserta didedahkan dengan pelbagai ilmu berkaitan penyelenggaraan motosikal. Antara ilmu yang dikongsikan adalah pengenalan berkaitan jenis ,fungsi dan binaaan tayar motosikal. Bukan itu sahaja, En Asyraf juga menyentuh berkaitan “wear indicator” . Wear indicator mempunyai fungsi dalam memberi amaran kepada pengguna motosikal bahawa brek kenderaan dalam keadaan tidak baik dan perlu diganti. Selain itu, peserta turut diberikan pendedahan tentang teknik membuka tayar dari motosikal serta teknik menukar tiub tayar motosikal. Peserta juga diberi peluang secara hands on menukar tiub bayar motosikal.
Terima Kasih diucapkan kepada En Asyraf atas kesudian berkongsi idea yang sangat bermanfaat, menarik dan mudah difahami oleh peserta yang terlibat. Terima kasih juga kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga semua ilmu yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi nilai tambah kepada diri peserta yang hadir, serta dapat membantu pencari kerja dalam mencari pekerjaan.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Kongsikan Artikel ini:

Tentang PASAK

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) merupakan agensi yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri Perak di bawah Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia yang bermatlamat melahirkan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan pelbagai sektor dalam dan luar negeri. Follow kami di facebook page Pusat Aspirasi Anak Perak – PASAK untuk mendapatkan makluman berita terkini tentang program-program PASAK.

Artikel Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *