KURSUS PENGURUSAN PEJABAT SIRI 2

16 & 17 Ogos 2022 | 9.00 pagi – 5.00 petang
Selesai sudah Program Klinik Kerjaya: Kursus Pengurusan Pejabat yang telah dijalankan bersama oleh Dr. Kamaruzzaman dan Dr. Mohammad Taufiq yang merupakan Pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program ini telah dijalankan secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom. Kursus ini melibatkan 50 orang peserta yang terdiri daripada para graduan, belia, pencari kerja dan pekerja-pekerja yang berada di sekitar Negeri Perak.
Bagi hari pertama, peserta didedahkan dengan konsep personaliti dan kerjaya. Melalui konsep ini, panel jemputan telah menggunakan teknik “ Johari Window” bagi mengenalpasti sikap individu secara psikologi. Teknik ini terdiri daripada 4 aspek iaitu open area , blind area , hidden area dan unknown area. Teknik ini juga dapat diaplikasikan oleh majikan dan pekerja dalam pengurusan pejabat.
Untuk hari kedua, panel jemputan menyentuh topik berkaitan penyesuaian diri dengan persekitaran kerja. Antara teknik yang dikongsikan bagi menyesuaikan diri dalam persekitaran kerja adalah mewujudkan komunikasi dua hala, kerja secara berpasukan serta mengamalkan budaya kerja kelas pertama. Para panel jemputan juga memberi peluang kepada para peserta untuk memberikan pandangan bagaimanakah persekitaran kerja yang kondusif dari perspektif peserta sendiri. Para peserta juga didedahkan dengan teknik membuat keputusan serta cara menghadapi konflik. Selain itu, panel jemputan juga membincangkan topik kepimpinan. Kepimpinan ialah proses mempengaruhi individu atau kumpulan supaya mereka mengikut dan rela melakukan apa yang pemimpin inginkan. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan cara penyediaan portfolio kerjaya yang berkesan.
Terima kasih diucapkan kepada Dr. Kamaruzzaman dan Dr. Mohammad Taufiq atas kesudian berkongsi idea yang sangat bermanfaat, menarik dan mudah difahami oleh peserta yang terlibat. Terima kasih juga kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga semua ilmu yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi nilai tambah kepada diri peserta yang hadir, serta dapat membantu pencari kerja dalam mencari pekerjaan.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.
Ikuti kami di media sosial:

Kongsikan Artikel ini:

Tentang PASAK

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) merupakan agensi yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri Perak di bawah Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia yang bermatlamat melahirkan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan pelbagai sektor dalam dan luar negeri. Follow kami di facebook page Pusat Aspirasi Anak Perak – PASAK untuk mendapatkan makluman berita terkini tentang program-program PASAK.

Artikel Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *